disclaimer cash webp。

Penafian

Nombor Rasmi

cashloanjb hanya menggunakan satu nombor telefon & WhatsApp rasmi iaitu 010-8813445.
Sekiranya anda menerima mesej, panggilan, atau iklan menggunakan nombor lain dan logo kami,itu adalah pihak tidak sah dan berpotensi melakukan penipuan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian akibat berurusan dengan pihak sedemikian.

Tujuan & Status Laman Web

Laman web ini adalah platform pemasaran dan khidmat nasihat yang diuruskan secara eksklusif oleh Perunding Pinjaman Berdaftar syarikat. Laman web ini bertujuan untuk memudahkan proses semakan awal anda. Walau bagaimanapun, segala urusan kelulusan, penetapan terma, dan tandatangan kontrak adalah tertakluk sepenuhnya kepada prosedur rasmi pengurusan di pejabat Pyramid Plus Trading.Pihak kami TIDAK mengeluarkan pinjaman, TIDAK mengutip sebarang bayaran, dan TIDAK akan berkongsi data peribadi anda dengan mana-mana syarikat pinjaman pihak ketiga.
​Kami juga jamin TIADA sebarang caj ejen, yuran pengenalan, atau wang pendahuluan (upfront) akan diminta daripada anda. Segala urusan kewangan rasmi—termasuk pengeluaran dana dan kutipan bayaran balik—hanya diuruskan secara langsung oleh pihak pengurusan Pyramid Plus Trading selepas kontrak ditandatangani di pejabat.

Proses Permohonan & Dokumen

Dokumen yang dihantar melalui WhatsApp hanya untuk semakan awal dan tidak bermaksud pinjaman telah diluluskan.
Keputusan muktamad hanya akan diketahui selepas pemohon hadir ke pejabat dan semua dokumen dimasukkan ke dalam sistem penilaian rasmi syarikat.
Hanya keputusan yang dikeluarkan oleh sistem tersebut dianggap sebagai jawapan rasmi.Pihak kami berhak menolak permohonan yang tidak memenuhi kriteria tanpa sebarang penjelasan lanjut.
Pemohon berhak untuk menerima atau menolak tawaran pinjaman yang ditetapkan sebelum kontrak pinjaman ditandatangani.

Kontrak & Tanggungjawab Peminjam

Pemohon berhak menolak pinjaman sebelum kontrak ditandatangani.
Namun, setelah kontrak ditandatangani, peminjam wajib melunaskan pinjaman sepenuhnya mengikut jadual dan syarat yang dipersetujui.
Sekiranya berlaku kelewatan atau kegagalan bayaran, pihak syarikat berhak mengambil tindakan undang-undang. Oleh itu, semua pemohon dinasihatkan supaya membaca, memahami dan bersetuju dengan kandungan kontrak sebelum menandatangani.

Kawasan Perkhidmatan & Keselamatan

Pemohon berhak menolak pinjaman sebelum kontrak ditandatangani.
Namun, setelah kontrak ditandatangani, peminjam wajib melunaskan pinjaman sepenuhnya mengikut jadual dan syarat yang dipersetujui.
Sekiranya berlaku kelewatan atau kegagalan bayaran, pihak syarikat berhak mengambil tindakan undang-undang. Oleh itu, semua pemohon dinasihatkan supaya membaca, memahami dan bersetuju dengan kandungan kontrak sebelum menandatangani.

Keselamatan Akaun Bank

Pihak kami TIDAK PERNAH meminta atau memegang kad ATM pelanggan. Kami juga TIDAK AKAN meminta maklumat sulit perbankan dalam talian anda seperti username atau password. Sebarang permintaan sedemikian adalah cubaan penipuan daripada pihak luar.

滚动至顶部